Disini ingin saya ucapkan takziah kepada rakan saya Nurul Salwa di atas kematian ayahnya pada hari Selasa bersamaan 5hb Februari 2008. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, ajal maut di tangan Allah. Hanya ada dua perkara sahaja yang pasti berlaku di dunia ini, pertamanya ialah pasti berlakunya hari kiamat dan keduanya ialah ajal maut. Dua perkara ini juga kita tidak tahu kerana semuanya telah dirahsiakan daripada pengetahuan kita.

Saya harap agar saudari Salwa tabahkan hati dan menerima semua yang telah berlaku dengan penuh kesabaran. Takziah sekali lagi dari saya dan semoga Allah menempatkan ayahanda beliau dikalangan hamba-hambanya yang soleh.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..... Al-Fatihah....