Sesi melompat di Zoo Negara !!

Setelah sekian lama tidak mengupdate blogku....dan setelah sedari dd menyuruh saya mengupdate blog, maka saya pun mengambil kesempatan dikala kebosanan ini utk mengupdate blog yg tak seberapa ini. Disebabkan terlampau banyak aktiviti yg dilakukan utk beberapa bulan yg lepas, maka saya start dengan photo outing di Zoo Negara bersama dua rakanku Shah dan Dayah.


Dua rakan yang setia bersama....

Pada mulanya trip ini telah dirancang utk rakan2 kami yg kononnye2 nak sangatlaaa buat aktiviti outing bergambar kerana setelah sekian lama kami ketandusan idea utk kuar berjalan2 dan bergambar....namun disebabkan keadaan yg tak diizinkan, ramai antara rakan2 saya menarik diri...ada yang tido......ada yang kene wat keje....ada yang berkerja....ada yang dating....dan tak juga....ada juga yang sedang melayan DVD di rumah. Akhirnya aktiviti yang dijangka ramai yang turut serta berakhir dengan hanya 3 orang sahaja iaitu saya, Shah dan Dayah.

Outing kami bermula pada jam 3 petang disebabkan cuaca yang teramatlaa panas, dan memandangkan saya pun bangun lambat maka pukul 330 ptg baru saya berada di zoo negara. Setelah bertemu 2 rakan setia saya, kami membeli tiket yang berharga RM15.....trip dimulakan dengan menunggu keretapi ataupun kereta troli penumpang utk membawa kami pusing mengelilingi zoo negara secara ringkas. Ini adalah untuk mendapat gambar keseluruhan tentang tempat2 yang bakal kami lawati. Antara yang menarik perhatian ialah, hippopotomus ataupun badak air, seladang besar, harimau belang, gajah dan lain-lain lagi.

Setelah kami berpusing mengelilingi zoo menaiki kereta troli itu, kami pun memulakan sesi berjalan mengelilingi zoo sambil mengambil2 gambar. First stop ialah gajah dimana kami telah membeli tebu yang berharga RM2 sebatang yang teramatlaa pendek (kalau buat air tebu pun tak lepas) untuk diberi kepada gajah. Hasil pemberian tebu kepada gajah itu, kami dihadiahkan dgn show gajah sedang berak dan mandi.


Gajah yang sedang berak....

Kemudian kami meneruskan trip kami berpandukan peta zoo negara dimana saya pun sudah lupa kerana terlampau banyak tempat dan binatang yang kami lawati. Di sini saya amat berharap rakan saya Ayed utk join kami kerana beliau sekarang mempunyai kuasa untuk bercakap dengan binatang.


Harimau sedan berenang...

Antara yang menarik di zoo negara yang dapat kami lihat ialah, Ular sawa makan kambing.....harimau belang berenang.....orang utan menghisap air botol....dan.....penguin berenang. Selain itu tiada yang menarik dan bolehlaaa utk sekadar berjalan2 memakan angin dan mengambil gambar binatang. Kemudian kami pun balik rumah kerana hari sudah petang dan semurang nak lepak kat kopitiam Kota Damansara. Namun disebabkan sebab2 tak dapat dielakkan saya duduk dirumah kerana ngantuk. Sekian......