Aku bersendirian di bilikku,
Mengenang kembali kenangan-kenangan dahulu,
Pahit, manis, gembira, duka dan semua perasaan menggamit diriku,
Aku tidak tahu mengapa kenangan-kenangan ini selalu mengunjungiku,
Mungkin kerana aku bersendirian,
Mungkin kerana aku yang menjemputnya datang,
Mungkin kerana aku yang mengharapnya kembali,
Mungkin kerana kenangan ini merupakan sebahagian dari diriku,
Namun yang pasti,
Kedatangannya memberiku seribu rasa,
Seribu perasaan,
Seribu tanda tanya,
Seribu jawaban,
Seribu kemungkinan,
Aku tersenyum,
Aku terhibur,
Aku termangu,
Aku terkilan,
Namun segalanya sudah berlalu,
Kenangan adalah sejarah silam,
Kenangan adalah peninggalan diri kita di suatu ketika dahulu,
Kenangan adalah pengajaran kepada diri kita,
Kenangan adalah kegembiraan, kesedihan dan keperibadian kita,
Adakalanya aku berharap agar aku boleh mengasingkan kenangan ini,
Menyimpan segala kenangan yang manis, gembira, menghiburkan,
Membuang segala kenangan yang buruk, duka, menyakitkan,
Namun itu hanyalah harapan yang tidak akan menjadi kenyataan,
Kenangan adalah unik,
Menyimpan segala yang baik dan segala yang buruk,
Menjadi guru kepada segala guru,
Mendidik kita agar kita berubah,
Mengajar kita erti kehidupan,
Memberi kita harapan untuk membina masa depan yang lebih sempurna,