Cinta.....
Kita seringkali berbicara tentang Cinta………
Namun…..
Apakah itu Cinta ?
Adakah Cinta itu satu khayalan ?
Adakah Cinta itu satu perakuan ?
Dimanakah lahirnya Cinta ?
Adakah lahirnya Cinta itu; dari Hati ataupun Akal?
Pastinya,
Setiap insan pernah merasai Cinta,
DiCintai, menCintai dan berCinta,
Cinta membuat kita melayang di awangan,
Cinta membuat kita sanggup melakukan apa sahaja,
Cinta membuatkan yang jauh bertambah jauh,
Cinta membuatkan yang dahulunya musuh menjadi kawan,
Cinta juga membuatkan yang dahulunya mesra menjadi renggang,
Cinta membuatkan tanah yg dahulunya tandus kekeringan menjadi basah kesuburan,
Cinta jugalah yang membuatkan bunga yang dahulunya kembang mekar menjadi kuncup terkulai layu.
Sadarkah,
Cinta adakalanya datang,
Cinta juga adakalanya pergi,
Cinta bagaikan udara,
Cinta berada di mana-mana sahaja,
Cinta tiada rasa, tiada bau, tiada rupa, namun kewujudannya dirasai,
Cinta itu unik,
Cinta manis dan Cinta juga tawar,
Cinta penuh rahsia dan juga penuh persoalan,
Cinta membina dan Cinta juga menghancurkan,
Cinta buat kita tertawa dan Cinta juga buat kita menangis,
Cinta beri kita harapan dan Cinta juga menarik kembali harapan itu.
Sakitnya,
Pabila Cinta itu pergi meninggalkan kita,
Pabila Cinta melukai hati dan perasaan,
Pabila kita keseorangan menagih Cinta,
Pabila Cinta yang diidamkan tidak kesampaian,
Pabila perjalanan Cinta kita terhenti di pertengahan jalan,
Pabila tiada lagi perasaan Cinta di jiwa kita,
Pabila kita tidak ketemu Cinta yang dicari.
Harapanku,
Berikanlah ku kekuatan mencari Cinta,
Ketemukanlah ku dengan Cinta,
Datanglah dikau wahai Cinta,
Menyelinaplah Cinta dibenak hatiku yang kekosongan,
Semoga kekosongan itu diisikan dengan Cintamu,
Agar dapat ku tersenyum menyintai Cinta……
2 comments:
Semoga Hed menemukan cintanya...
Amin..
Bahagia selalu.. :D
cinta is overrated
Post a Comment